Powered By Blogger

Friday 5 February 2016

Debat Dakwah Negara 2014

Assalamualaikum,

   Jadi, sekarang aku nak bercerita sedikit tentang pertandingan Debat Dakwah Negara yang dianjurkan oleh UKM dengan kerjasama bersama YADIM pada tahun 2014. Pertandingan debat ini berbeza berbanding pertandingan bahas yang biasa sebab ianya spontan, maksudnya..setiap pasukan hanya akan dapat tahu usul yang yang diperbahaskan 30 minit sebelum bertanding dan dalam tempoh 3o minit itu jugak lah mereka perlu mmbuat persediaan, which means..cari fakta + hujah + konsep dan strategi untuk menang.
 
    Dan...apa yang lebih menariknya tentang debat ni ialah, hujah boleh disokong dengan hadis atau ayat Al-Quran untuk menguatkan lagi hujah. Ada beberapa buah sekolah yang terpilih dan dijemput untuk menyertai pertandingan ni, dan kebanyakan sekolah ni adalah sekolah yang banyak memberikan saingan di peringkat kebangsaan atau yang menonjol dalam kejohanan debat.

Ada orang kata 'bahas' dan 'debat' berbeza. Sebab 'bahas' ialah pertandingan perdebatan yang bukan spontan, maksudnya usul akan diberikan awal beberapa minggu sebelum hari pertandingan. Manakala 'debat' pula ialah adalah pertandingan perdebatan yang spontan, yang mana usul hanya akan diberitahu awal 30 minit sebelum bertanding. Sejauh mana kesahihannya..Wallahu'alam.

So, bagi aku pertandingan debat mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan tahapnya berbeza daripada pertandingan bahas yang biasa. Alasannya, sebab pendebat yang masuk pertandingan bahas boleh jadi bukan seorang pendebat yang asli kerana semua teks boleh disediakan oleh cikgu, dan hanya tinggal untuk dihafal dan dipersembahkan oleh 'pembahas' tersebut apabila tibanya hari pertandingan..senang kan? Hahahaha..

Dan...sebab itu jugaklah pembahas yang masuk pertandingan bahas dan cemerlang dalam pertandingan tu, mungkin jugak tidak boleh menyertai pertandingan debat sebab tidak mencapai tahap dan mutu sebenar seorang pendebat. Jadi, kalau mana2 pembahas di luar sana yang teringin nak menguji sejauh mana tahap dan skill korang dalam bahas, cabarlah diri korang untuk masuk kejohanan debat. Then, barulah korang boleh letak dan ukur tahap korang yang sebetulnya kat mana. Selalunya, pertandingan debat akan paparkan ranking keseluruhan pendebat di akhir pertandingan selepas korang semua dinilai dan diberikan markah dalam setiap pusingan yang korang lawan.

Actually there are many school debate championship out there..so you must alert on them and challenge yourselves to join them. Antara contoh pertandingan debat yang popular ialah : debat MUSLEH, UIA..dan banyak lagi lah.

Sekolah aku, SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang pon turut mewakili negeri ke pertandingan Debat Dakwah Negara di UKM, Bangi. Dan,,Alhamdulillah diorang merangkul tempat ke-2 di pentas final bertemu dengan sekolahh STAR,Ipoh dengan usul berunsur politik yang cukup mencabar iaitu; Dakwah di Malaysia: Ketaksuban Politik Temboknya----> SMKA Al-Irshad(Pembangkang) vs. STAR(Kerajaan).

Alhamdulillah..walaupun sekadar di tempat kedua, tapi aku cukup bersyukur sebab masih mendapat tempat. Lagipun, kalau di teliti kembali, mungkin debaters sekolah aku agak gementar dan tak mampu beraksi dengan sepenuhnya sebab semalam kitorang bercekang mata mengkaji usul tu..hahahaha. Penat jiwa dan raga sebenarnya.. sekolah STAR pon memberi saingan yang cukup hebat, dan boleh dikatakan kedua-dua belah pihak langsung tak mahu mengalah! Oh, aku lupa nak bagitahu..actually, kepenatan kami berbahas di pentas final dibayar oleh third debater kami yang dianugerahkan 'Pendebat Terbaik Pusingan Akhir' dan 'Pendebat Terbaik Liga' . So, aku pon tak beberapa kisah walaupun kami sekadar di tempat kedua.

Kalau nak tahu lebih banyak lagi tentang perdebatan ini, bolehlah emelkan pertanyaan anda ke wani_san97@yahoo.com

Sekadar itu sahaja untuk coretan kali ini. Wallahu'alam..

Kalau ada sebarang pertanyaan mahupun komen, jangan segan2 untuk komen di bawah yer :)

Tuesday 8 December 2015

~Ini yang Perlu kite Tahu~

Bismillahhirrahmannirahim..

Hanya Allah yg menyayangimu drpd dirimu sendiri utk menhilangkn kesulitanmu
Dia memberimu jalan keluar drpd arah yang kau perkirakan mahupun yg tidak kau sangkakan

Tidaklah seorg hmba berdoa dgn tulus ketika musibah menimpanya kecuali Allah swt memberinya salah satu drpd 2 perkara:

1.Jika Allah mgetahui bahawa kesulitanmu lebih baik diangkat, maka Dia akan mengangkatnya dgn segera

2. Dan jika Allah mgetahui bahawa kesulitan tersebut belum saatnya diangkat, maka Allah akan memberimu keyakinan, Iman dan Ketundukan sehingga kau merasakan penghambaan yg penuh nikmat dan bahagia

Wallahu'alam.

Kepadamu Yang Memerlukan Kekuatan

Bismillahhirrahmannirahim..
Saat dunia tidak mendukung seorang hamba,
Saat orang-orang mengecewakanmu,
Saat yang dicintai dan karib meninggalkanmu, 
Saat kau berharap pada manusia, dan mereka mengecewakanmu,
Saat kau menaruh harapan pada selain Allah, dan mereka tidak memenuhi harapanmu,
Pada titik ini, ketahuilah bahawa Allah ingin engkau beralih padaNya.
Orang yang paling bahagia di dunia, adalah orang yang menghadapkan wajahnya pada Allah,
Orang yang paling bahagia di dunia, adalah orang yang mentautkan hatinya pada Allah.
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya pada Allah, dan dia pun mengerjakan kebaikan."
-An-Nisa:125-
Wallahu'alam.

Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM

Bismillahhirahannirahim.
Assalamualaikum..

Ini adalah post aku yang berilmiah, disebabkan agak ketandusan idea..maka aku ingin kongsikan sedikit ilmu lah..Ni adalah semua esei Bahagian B yang aku buat time SPM dulu~


#Karangan 1 :  Rumah Terbuka 

Soalan: Rumah terbuka kini telah menjadi amalan masyarakat pada musim perayaan. Huraikan kepentingan amalan rumah terbuka kepada masyarakat dan negara.

    Interaksi antara intraspesis sudah sekian lama berlaku hatta menyebabkan munculnya kesefahaman serta kejituan dalam ikatan persaudaraan. Pelbagai usaha serta kerahan telah diimplementasikan bagi memupuk perpaduan dalam masyarakat termasuklah amalan rumah terbuka. Tradisi ini terus dijadikan amalan masyarakat multinasional yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Apabila manusia terus menongkah arus urbanisasi dan ledakan kemajuan teknologi canggih, amalan serta nilai-nilai terpuji dalam masyarakat yang sudah lama diterapkan melalui rumah terbuka kian dipinggirkan. Amalan ini yang sering dianjurkann ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, serta perayaan am yang lain kini dianggap sebagai fenomena lazim serta penerapan nilai-nilai mahmudah yang terdapat dalamnya tiada kepentingannya di mata masyarakat. Terdapat pelbagai kepentingan yang diperoleh dalam amalan rumah terbuka ini.

   Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya serta eratnya hubungan silaturahim dalam masyarakat. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat kembali disuburkan melalui rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya, masyarakat setempat akan dijemput menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh segelintir pihak. Jiran tetangga yang sebelumnya tidak pernah dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul dan berbual-bual bagi mengukuhkan hubungan yang renggang. Segala salah faham atau perasaan bengkak perut dapat diredakan atau diatasi melalui pertemuan serta perbincangan yang berlaku di rumah terbuka. Hubungan antara pembesar dan rakyat juga menjadi lebih erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Ahli Parlimen Pekan yang diadakan pada 17 Ogos 2013 di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Jelaslah, amalan rumah terbuka mangukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat. 

   Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi yang lain bagi melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan. Variasi jenis rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita, Malaysia, te,ah memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan tradisi mula diketengahkan menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan adat dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk mula menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian juadah dan masakan yang disajikan. Sebagai contoh, rumah terbuka bagi masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula mementingkan manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja dapat merasai juadah yang berbeza dan pelbagai, justeru, adat dan tradisi dapat terus dipertahankan, bak kata aforisme Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah masyaralat dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang berbeza dan hal ini menyebabkan survival adat tradisi bangsa terus kukuh sekukuh Tembok Besar China.
   
    Pada perspektif yang berbeza, amalan rumah terbuka memberi kesefahaman kepada rakyat pelbagai kaum. Penganjuran rumah terbuka menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia kerana mereka perlu berlapang dada untuk menjemput para tetamu walaupun tetamu tersebut berbeza ideologi ataupun mempunyai sejarah gelap dengannya. Rumah terbuka telah menjadi titik tolak ke arah persefahaman rakyat pelbagai kaum. Tidak ada gading yang tidak retak, tiada hubungan yang tidak pernah bermasalah, maka amalan ini dilihat sebagai indikator yang ampuh lagi mapan dalam pemupukan persefahaman antara masyarakat apabila mereka diletakkan di bawah satu bumbung. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim menyatakan bahawa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana pada 8 Ogos 2013 telah dihadiri oleh lebih 80, 000 orang tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Kesan daripada sifat baik penganjur menganjurkan rumah terbuka, maka wujudnya sebuah penyatuan bangsa dan agama serta yang paling penting ialah kesefahaman. Kitab suci Al-Quran juga pernah menyebut, " Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula", surah Ar-Rahman, ayat 60. Terbuktilah sesungguhnya rumah terbuka memberi kesefahaman kepada rakyat pelbagai kaum.

   Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri pelancongan di negara kita semakin maju. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan persefahaman multi etnik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah satu daya tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing' telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh masyarakat kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan juga mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat. Hasilnya, kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong.
   
      Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan masinh-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Sidarta Guatam pernah menyatakan, "Adat dan budaya tempatan sarat nilai luhur, ini yang perlu dipertahankan dan dikembangkan untuk membentuk jati diri masyarakat." Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakn hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu-Islam dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas keharmonian, perpaduan, dan kesejahteraan hidup. Benarlah kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, "Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncangkan dunia. Demikiankah kesan perpaduan." Seterusnya, pengekalan kebudayaan asal rakyat negara kita membolehkan generasi akan datang mengenali dan mengingati khazanah warisan budaya kita yang silam. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru berasa banggsa dengan warisan yang mereka miliki selagi adat ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat Malaysia.

     Aktual, rumah terbuka memainkan peranan yang penting dalam sesebuah institusi kehidupan. Pelbagai kepentingan yang terdapat dalamnya bagi masyarakat mahupun negara. Konsep rumah terbuka sebenarnya bukan sahaja merujuk kepada membuka pintu, atau dewan sambutan, tetapi juga tuan rumah dan seluruh tetamu yang hadur wajib membuka hati masing-masing. Hati yang dibuka dengan keikhlasan saling bermaafan dan melupakan kesalahan silam ialah tajuk utama yang dituntut. Tiada gunanya perut yang kenyang tetapi hati masih tertutup. Jangan memillih hanya tetamu-tetamu tertentu sahaja yang hendak dijemput, walhal jika kita berkeupayaan, kita sepatutnya menghebahkan jemputan kepada semua orang termasuk musuh atau lawan kita. Menurut Saidina Abu Bakar, "Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah". 




Markah : 90/100

Thursday 9 April 2015

Aku Sebagai Trainer Bahas

Assalamualaikum..

Aku nk kongsikn skit tentang pglman aku sbgai trainer Bahas...

Simple saja..aku skrg sdg train pasukan Bahas skolah aku..mmandgkan aku sudah pon brgelar ex-student..T.T Bgi aku..aku suka sbnarnya utk mengajar org..especially dlm benda yg aku expert lah.
Aku tahu hdup kita ni hanya sementara..so atas sbb tu lah kita kena manfaatkn betol2.

Its simply becoz if kita ajarkn org lain benda yg bermanfaat wlaupun satu ayat..pabila dia gunakan dlm hidupnya..maka kita akn dpt pahala yg berterusan even if we're dead..

Apa yg dikongsikn sebenarnya adalah aku berbangga dgn junior2 yg aku sdg train(wlaupun aku jrg pi tgk depa..hehe)..becoz depa sbnarnya ada bakat berbahas yg hebat dlm diri masing2. Actually, team bahas kt SMKA Al-Irshad, Pokok Sena, Pulau Pinang ni serious lain drpd yg lain di seluruh dunia ni..serious ckap!

Why??? Sklh2 lain yg dkat luar tu sila jgn jeles atau panas hati dulu..sabar..As-sabru minal Iman..

Ni hanyalah kenyataan aku sahaja brdasarkn pgalaman hidup slama 5 thun kt sana saje tau..bukan hasil drpd kajian mna2 Institut Penyelidikn Antarabangsa ke..

Ok, budak2 yg brjaya mmsuki psukn bahas sklh adalah sgt2 talented sbb depa dh kena lepasi plbagai halangan sblum dpt top 3 yg trhebat..actually depa dah melepasi prtandingan saringan sbyk berbelas2 usul.. Dan..kmi byk berdiri di atas kaki sndiri brbanding disuap2 oleh cg2..serta disiapkn teks oleh cg2..and then diorang just tinggal nk hafal..

Different rule goes in my school..kmi sndiri akan memrah otak memikirkn usul + hujah + pmbidasan + siapkn berpuluh2 teks + dsb...so, kehebatan kmi bukan the results if being overly pampered by the teacher yer~ Tpi point kt sini nk kta kmi byk brdikari...bukan nk kta cg2 x buat apa lgsung..it's wrong! Cikgu2 dlm bahas jugak MashaAllah... sgt byk berkorban byk sgt masa dan tenaga sbb nk guide kmi and were always be at our sides albeit we're win or lose..trima kasih cg!!! Depa lah yg byk tlg bimbing kmi, semak teks, mmberi motivasi dan penenang tatkala duka, mmberi teguran mmbina dan gilapkn bakat2 kmi shingga boleh ke kbgsaan thun lepas..T.T Pengorbanan cikgu tiada galang gantinya..

ok..now, psai budak2 yg aku trainkn ni pulak..

DEPA SEMUA KANAK2 RIBENA !

Hahaha..

Knapa ribena??? awat bukan oren ke..sunquick ke..???
Alah..saja ja..sbb mcm sedap ja nma tu..~

Actually..sbb depa msih budak2 dan msih x mngenali dunia yg sebenar lagi..main2..gelak2..biasalah tu..aku pon byk main jugak dulu.

Wlaupun ribena2 depa pon..when it's time 4 debate..they're totally are the different person..huu..takotnyer!! Metaphor sebentar..

Bukan nk kta hebat smpai meletop dunia ni..x..~ Tpi msing2 ada curahan idea yg sgt matang dan memukau..dan itu mmbuatkan aku terharu dan rasa mcm nk patah balik masa saja..

THE END

Wassalam,
Sekadar itu shaja..utk coretan kali ini..mohon maaf skiranya trkasar bhasa atau mgguris hari sesiapa.. :) :) :)